Bismillahhirrahmannirrahim. Alhamdulillah pujian-pujian bagi Allah tuhan yang menerangkan hati-hati kekasihnya dengan nur iman dan menentapkandia padanya dengan terus pengetahuan dan mengertikan pelajaran menkecapikan pengetahuannya dengan mengertikan dalil-dalil dan marnu pikiran dan mengulangi-mengulangi bicaranya hingga latas pada pandangan akhlak dan terangkat kesamaran dan rahmat tuhan dan kesejahteraannya atas semulia-mulia makhluk dan sebebas-bebas utusan nabi Muhamad yang dibangkitkan dengan seruan mengesakan tuhan dan menunjukkan jalan-jalan kelepasan dan atas keluarganya dan sahabatnya-sahabatnya sebaik-baik ini umat dan sebersih-bersihnya kelasan. Adapun kemudian daripada itu maka tatkala adalah pada tahun 1335 menuntuti daripada hamba oleh setengah-setengah saudara yang adalah hamba ini dhaifnya akan bahawa hamba tulis bagi setengah daripada kekasihnya akan sifat 20 maka dengan taufiq tuhan berlakulah kalam hamba didalam beberapa hari atas beberapa lembar kertas daripada ingatan-ingatan pelajaran maka jadilah daripadanya risalah yang kecil atas jalan ikhtisar maka tatkala kelihatan atas oleh setengah terlebih membahas-bahasnya ia daripada tuturannya datanglah atasnya ‘iktirad pada menyalahinya akan tuturan kitab-kitab melayu yang dahulu-dahulu pada beberapa tempat maka hamba hurai baginya demikian tuturan yang menyalahi itu dan menyatakan kehendaknya dan wajah ubahnya maka terpaksalah atasnya membenarkan uba-ubahan yang tersebut dan jikalau menyalahikan mafhum kitab-kitab yang lain sekalipun maka kemudian daripada lalu bertahun-tahun meminta pula bahawa hamba serahkan risalah itu suatu menyatakan wajah tujuan tuturan yang tersebut itu maka memikir hamba beberapa lama maka nyata bagi hamba elok pintakan itu maka merebut-rebut hamba akan peluangan dengan menatahkan ibarat risalah itu dengan macam-macam tafsir yang ditetapkan dia dengan sudahan yang jilah yang menjelaskan hati-hati empunya faham atas kadar pendapat hamba supaya panjang diambil guna dengan risalah itu dan meratainya dan hamba namakan dia Tafsiratul Adani Baklahan Bakuratul Amani. Ertinya memperlatih bagi orang-orang layak kah mendapati akan tangga-tanggakan dan saringan-saringan cakapan Bakuratul Amani dan hamba pohonkan tuhan bahawa membuka dengan Dia akan mata-mata hati yang berpejam dengan lali daripada perhatian iktibar dengan insaf pada simpanan-simpanan iktikad agama didalam limpatan-limpatan sendiran cakapan ahlinya supaya kejap berpegang dengan ia dan boleh menunjukikan anak-anak bahasnya dengan jelas dan hamba harapkan Tuhan memberi guna dengan dia akan orang-orang yang rendah dan yang tinggi penggajiannya dan awam dan bahawa tuhan jadikan dia daripada pertaruhan kebajikan yang makbul disisiNya bahawasanya taala amat kuasa atas barang yang ia hendak dan amat yang sebenar dengan menerimakan `pintak’kan hamba-hamba yang berkehendak dan hamba memulaikan risalah ini dengan barang yang dituntuti pada pekerjaan yang baik iaitu (`Bismilllah Hirrahman Nirrahim’) |
row 2, cell 1 |
Pengenalan- Kitab Bakurah al-Amani
Subscribe to:
Posts (Atom)