Wednesday, May 18, 2011

Bermula Sifat2 Allah dan Dalilnya

hamba pernyata kan Dia serta dalilnya maka berkat hamba (pertamanya wujud ertinya ada Dzat Allah Ta’ala yang Maha Mulia Mustahil lawannya iaitu) ’Adam ertinya (tiadanya) ertinya tak adanya dan tidak adanya (kerana jikalau tiada ada Dzatnya) nescaya tiada ada qudratNya dan Iradhatnya dan Ilmunya kerana semuanya itu sifat yang ada pada dzat dan jikalau tiada ada sifat itu (nescaya tiada ada ‘alam ini) iaitu maujud yang lain daripada dzat Allah dan sifat-sifat seperti langit Batumi kayu batu dan lainnya kerana bahawasanya ada kalanya jauhar dan jazam yang benar tempat sendiri-sendirinya atau ‘Aradh yang berjalira padanya dan bertempat menupannya dan tiap daripada keduanya itu adanya kemudian daripada ketiadaan maka jadilah ada dan ketiadaan itu bersamaan keduanya atasnya seperti neraca yang benar samaan dua duanya maka tiada boleh rendah salah satu yang satu lagi melainkan dengan ditindih dengan sesuatu demikianlah ‘alam ini tiada member ‘aqal akan adanya dengan ketiadaan yang membuatnya dan yang membuatnya itu mesti bahawa adalah ia empunya Qudrat dan ‘Iradat dan ‘Ilmu yang sempurna dan iaitulah Allah Ta’ala (maka ini ‘Ilmu) daripada sekira-kiranya (adanya) yang lahaq (kemudia daripada ketiadaannya) yang sabaq demikianlah ‘adammya yang lahaq bagi adanya (itu dalil ertinya penunjuk atas) tentu (ada) dzat yang menjadi kan dia iaitu (Allah Ta’ala) dan ia juga dalil atas istilah lawannya kerana lazimnya akan wujud ada adapun keadaan yang menjadikan ‘alam itu satu jua maka lantasnya bagi kita daripada dalil Wahdaniah yang lagi akan datang sebutannya ada pun nama tuhan yang satu yang menjadikan ‘alam itu Allah maka nyata bagi kita daripada cerita rasul-rasul (keduanya Qidam ertinya sedia ada Allah Ta’ala yang dzatnya ketiadaan permulaan bagi adanya (iaitu bahawa (tiada mendahulukan adanya oleh ketiadaan) sekali-kali (dalil Qidam itu ‘ilmu ini baharu adanya) ertinya adanya kemudia daripada ketiadaan atau ada permulaan bagi adanya maka tak dapat tiada daripada terdahulu ada yang membuatnya iaitu Allah Ta’ala maka jikalah baharu seumpamanya maka mestilah terdahulu atasnya juga oleh yang membuatnya dan disakinlah bertiti-titi talin yang membuat maka ada kelasnya berkeliling balik kepada yang membuat ‘alam maka dinamakan demikian itu dur dan ada kalanya tiada berkesudahan dan sut maka dinamakan demikian itu tasalsul dan kedua-duanya mustahil kerana berhimpuna dahulu dan kemudian dan ada dan tiada pada yang pertama dan berkesudahan dan sut dan tiada berkesudahan dan tiada sut pada yang kedua dab berhimpun itu mustahil maka pula barangsiapa membawa kepadanya iaitu dur dan tasalsul dan tentulah thabit lawannya iaitu ketiadaan bertiti talin yang membuat sekali-sekali hanya Ta’ala jua sebelum ada ‘alam tiada bermula dan tiada mendahulukan dia oleh ‘adam iaitulah qidam  (dan manakala wajib qidamnya mustahil lah) haduthnya ertinya (baharunya kerana tiada berhimpun dua) perkara (yang benar lawanan) pada satu benda kerana mustahilnya (ketika baqa’ ertinya  kekal ada) dzat (Allah Ta’ala) iaitu bahawa (tiada hilang adanya) ertinya ada dzatnya Ta’ala (sekali-sekali) dan tiada putus (mustahil lawannya iaitu fana’ ertinya binasa iaitu hilang adanya kemudian daripada) sudah (adanya kerana jikalau) tiada wujud baginya kekal adanya dan tiada mustahil atasnya fana’ tentulah boleh adanya dan jikalau (boleh hilang adanya tentulah adanya) dan tiadanya) (itu harus) bersamaan keduanya (maka) tiada menang salah satu daripada keduanya atas yang satu lagi melainkan dengan bantuan daripada yang lain maka disisi adanya itu mestilah membuatkan dia oleh yang ada dahulu daripadanya baharulah ia (tiadalah qadimnya maka berhimpun) padanya oleh (dua) perkara (yang berlawannya) dan iaitu qadimnya yang melazimkan wajib ada Nya tiada boleh hilang yang thabit dengan dalil yang dahulu dan baharu yang di fardhu dengan ini fardhu dan iaitu mustahil maka dengan ini fardhu membawa kepada baharu maka adalah ia seperti alam ini (maka) baharu ada (alam ini) yang melazimkan harusnya itu (juga dalil) atas ujub (baqa’) bagi Allah Ta’ala dan dalil bagi isti’alah pena’nya pula yang (keempat Mukhalafatuhu Ta’ala lil hawadith) ertinya menyalahinya Ta’ala akan yang baharu-baharu dan dikehendaki dengan Dia akan (bersalahan Allah Ta’ala”

Makna 2 Kalimah tauhid

makna 2 kalimah tauhid) yang tersebut (itu) iaitu Laillahaillahlah Muhamadul rasullullah (kerana makna) lafaz (tuhan itu taufanan)  ertinya yang ditaufankan dia pada apa-apa perkara (bagi) tiap-tiap (yang lain) daripada dirinya (yang terkaya daripada tiap-tiap yang lain daripada dirinya ertinya yang tiada menaufankan yang lain) dan tiada terhenti atas yang lain pada apa-apa kelakuan (sekali-sekali dan tiada) Nampak dan tiada dibenar pada fikir akal bahawa ada sesuatu (yang terkaya daripada yang lain) daripada dirinya itu (melainkan zat) dan iaitu benda yang ada sendirinya tiada bertangkap pada sesuatu (yang) tak dapat tiada daripada (bersepakai dengan) tiap-tiap satu daripada (11 sifat) dan iaitu perkara yang dipandang dengan akal bergantungnya dan bersangkutan dengan zat dan 11 itu iaitu perkara) (yang lagi akan dating) sebut namanya (dan maha suci) zat itu (daripada lawan-lawannya) ertinya tiada boleh ada lawan-lawan sifat yang 11 itu padanya (dan boleh diperbuatkan  dan memakan dan meninggalnya) ertinya tiada mesti tiap-tiap satunya (dan tiada) Nampak dan tiada dibenar pada akal pula bahawa ada sesuatu yang (taufanan bagi tiap-tiap yang lain melainkan) zat yang (apabila) difikir padanya nyatalah (bersepakai) ia ertinya  melainkan zat yang bersepakai (dengan) tiap-tiap satu daripada (9 sembilan sifat yang lagi akan datang) sebutannya dan ada ia padanya (dan maha suci daripada lawan-lawannya maka) diketahui daripada jakapan itu bahawasa terkaya itu kelakuan bagi itu tufanan dan bersatulah tufanan yang terkaya itu dan (tiada membenar akal bahawa ada tufanan) bagi tiap-tiap yang lain (yang tersebut itu melainkan satu) zat (jua) tiada yang lain kerana jikalau berbilang-bilang nescaya adalah yang lebih daripada   satu itu setengah daripada yang lain yang menufan makan jikalau adalah yang lebih itu tufanan bagi tiap-tiap yang lain juga nescaya adalah yang satu itu daripada yang lain yang menufan maka tiadalah ia terkaya pula kerana jikalau terkayanya nescaya berhimpun padanya terkaya dan menufan dan iaitu mustahil berhimpun kerana berhimpun padanya dua yang berlawan-lawanan dan ada padanya ketiadaan sesuatu daripada dirinya demikianlah yang lebih daripada satu itu (dan) nyata bagi yang mendengar (dengan nafi) ertinya mengaku orang yang berkata dengan ketiadaan (dan) dengan (asebab) ertinya mengakunya dengan keadaan (pada) perkataan (Lailahaillallah) oleh (mengakunya dengan bahawasa tuhan itu Allah Taala Esa jua) tiada lain sekali-kali (Ia jualah tuhan yang wajib) ertinya yang tentu (pada) pandangan (akal) oleh (bahawa ada baginya dua puluh perkara) yang lagi akan datang sebutan (dan) ada (sekalian sifat-sifat kamilah) yang patut dengan Dia (kesempurnaan) yang tiada terhingga banyaknya (dan mustahil atasnya segala lawannya iaitu segala kekurangannya) dengan nisbah kepada Nya Taala (dan harus pada akal) ketentuan (berbuatkan memakan dan) ketentuan (meninggalnya) pada masa-masa amkan dan sungguhpun wajib pada akal bahawa ada baginya sifat-sifat kamil yang amat banyak dan mustahil atasnya lawan-lwannya yang kekurangan (tetapi) yang (wajib denganNya) syarak atas kita orang-orang mukalaf (yang menerima) ertinya pada bahawa dapat (pelajaran) dengan bahawa adalah baginya akal yang boleh mengertikan suruhan orang yang mengajar lagi sejahtera pancaindera yang terhenti dapat ajaran atasnya oleh bahawa (mengetahui) akan dia ertinya nampaknya pada fikiran (dengan dalil) iaitu penunjuk yang dengan dia nyata bagi kita tunjukkannya (dan) bahawa (iktikad) kan dia (dan) wajib atas yang tiada mengerti oleh bahawa (belajar) kan dia dan berfikir hingga mengertinya dan mengetahuinya (dan) wajib atas yang pandai daripada kita oleh bahawa  (mengajarkan Orang-orang) yang (didalam perintah kita) seperti anak-anak kita dan isteri-isteri dan hamba-hamba sahaya dan khadam-khadam kita demikian lagi orang yang menuntuti belajar daripada kita (dengannya) jalan (tafsil) hurai satu-satu pada sekalian (itu dua puluh perkara daripada) perkara-perkara (yang wajib) bagi Allah Taala pada akal (dan dua puluh) perkara (daripada) perkara-perkara (yang mustahil) padanya (dan satu) bangsa (yang harus) padanya (dan makna) yang (wajib dengannya syarak itu barang yang (dijanji dengan siksa kerana (berdosa) oleh mukallaf dengan (meninggalkannya) dan lepas tanggungan-tanggungannya dengann membuatnya seperti barang yang telah lalu pada dhobit wajib syarak (dan makna) yang (wajib pada akal) itu (barang yang tentu) dan kejap (pada) pandangan dan suluhan (akal) oleh (adanya) ertinya barang yang sungguh yang (tiada membenar akal akan ketiadaannya) dan tidaknya maka masuk didalamnya sifat-sifat Salbiyyah (dan) makna perkara yang (mustahil Padanya) ertinya pada akal (itu barang yang tiada membenar akal) akan (adanya) hanya mengaku ia dengan tentu tidaknya (dan yang harus padanya itu barang yang membenar akal akan adanya) dan mengaku dengan dia (dan) membenarkan (tiadanya) yakni tidaknya *Pejagaan* ini-ini peta bagi semata-mata pergantungan hukum-hukum akal yang tiga semada bagi tuhan atau lainnya dan dkehendaki dengan ada yang padanya itu sungguh diri perkara itu pada dirinya yang lawan tidak yang lazim bagi yang bohong sama ada sesuatu itu daripada benda-benda yang bersifat pada ketika sungguhnya itu dengan ada yang lawan tak ada iaitu Dzat-Dzat dan sifat-sifat Ma’ani ‘Aradh dan lain-lainnya atau diri Adam atau perkara ‘Iktibari atau hal dan dikendaki dengan tiada dan ketiadaan yang padanya itu tidak sesuatu yang lazim bagi bohong (maka kedua-dua pula) ertinya tiap-tiap dua puluh (yang wajib dan) dua puluh (yang mustahil itu)

Tuan Guru Memulakan Perbicaraan nya

hamba memulaikan risalah ini dengan barang yang dituntuti pada pekerjaan yang baik iaitu (`Bismilllah Hirrahman Nirrahim’) menirukan aturan Quran dan menjunjungkan mafhum hadith (ketahui olehnya akan bahawasa erti) Kalimah (Laillahaillalah) itu (tiada tuhan melainkan Allah dan maknanya) ertinya makna kalimah ini (Allah Taala jualah tuhan dan erti) kalimah ( Muhamad Rasullah itu bermula nabi Muhamad) anak Abdullah (itu) satu (pesuruh) daripada pesuruh-pesuruh (Allah dan maknanya) ertinya makna ini kalimah (Nabi Muhamad itu) satu utusan daripada utusan-utusan Allah iaitu satu (orang yang Allah Taala suruhkan ia) dengan (bahawa memberitahukan kita) sekalian umat (akan perkara yang dituntut daripada kita) membuatnya (dan yang ditegahkan kita) daripada membuatnya (dan yang dibiarkan kita) pada membuatnya dan meninggalnya (dan perkara yang dituntut daripada kita tiap-tiap orang yang) Mukallaf iaitu lelaki dan perempuan yang (berakal lagi sampai umur) iaitu bahawa adalah umurnya 15 tahun atau 9 tahun dan keluar daripadanya mani atau keluar daripada perempuan haid akan membuatnya itu 2 bahagi pertamanya perkara yang dituntut (sebagai tuntut wajib) Syarak iaitu lah perkara (yang) dijanji dengan siksa kerana (dosa) oleh mukalaf dengan sebab (meninggalkan dia) dan lepas tuntut dan tanggungan dengan membuatnya yang menggugurkan fardu dan yang kdua perkara yang dituntut daripada kita membuat sebagai tuntut sunah dan iaitu perkara yang dijanji dengan diberi pahala kerana membuatnya kerana Allah taala dan tiada berdosa pada meninggalnya dan perkara yang ditegahkan kita daripadanya iaitu pun 2 bahagi. Pertamanya perkara yang ditegahkan kita daripadanya sebagai tegah haram iaitu perkara yang dijanjikan dengan berdosa kita dengan dia dan diberi pahala dengan penting kita berdosanya kerana Allah Taala dan yang kedua perkara yang ditegahkan kita daripadanya tegah kerahat iaitu perkara yang dijanji dengan diberi pahala kerana penting kita daripdanya kerana Allah taala dan tiada berdosa dengan dia dan perkara yang dibiarkan itu iaitu harus pada syarak iaitu perkara yang tiada berdosa dengan membuatnya dan tiada dengan meninggalnya dan tiada pahala padanya maka nyatalah bahawasa hokum syarak itu 5 bagi dan dinamakan dia sekaliannya hukum-hukum Takalifiah dibicarakan dia sekaliannya pada ilmu usul fiqah tetapi setengah-setengah daripada yang wajib itu dibicara daripadanya disini kerana menyatakan hokum ini ilmu pada syarak juga dan perkara yang wajib (itu amat banyak) dibicarakan dia pada ilmu-ilmu syarak ( setengah daripadanya) ertinya daripada perkara yang dituntut sebagai tuntut wajib itu bahawa (mengiktikat) oleh tiap-tiap mukalaf (dengan hati) ertinya membenar dan menggaku dengan dia (akan) tiap-tiap satu daripada (tambatan-tambatan iman) ertinya perkara-perkara yang apabila menggerti seseorang akan dia dan menggaku hati dengan dia nescaya kejab iman nya. (yang mengandungkan dia) sebagai kandung ijmal (oleh) perhimpunan (makna 2 kalimah tauhid) yang tersebut (itu) iaitu Laillahaillahlah Muhamadul rasullullah (kerana makna) lafaz (tuhan itu taufanan)

Pengenalan Penulis Kitab

Bismillahhirrahmannirrahim.
Alhamdulillah pujian-pujian bagi Allah tuhan yang menerangkan hati-hati kekasihnya dengan nur iman dan menentapkandia padanya dengan terus pengetahuan dan mengertikan pelajaran menkecapikan pengetahuannya  dengan mengertikan dalil-dalil dan marnu pikiran dan mengulangi-mengulangi bicaranya hingga latas pada pandangan akhlak   dan terangkat kesamaran dan rahmat tuhan dan kesejahteraannya atas semulia-mulia makhluk dan sebebas-bebas utusan nabi Muhamad  yang dibangkitkan  dengan seruan mengesakan tuhan dan menunjukkan jalan-jalan kelepasan dan atas keluarganya dan sahabatnya-sahabatnya sebaik-baik ini umat dan sebersih-bersihnya kelasan. Adapun kemudian daripada itu maka tatkala adalah pada tahun 1335 menuntuti daripada hamba oleh setengah-setengah saudara yang adalah hamba ini dhaifnya akan bahawa hamba tulis bagi setengah daripada kekasihnya akan sifat 20  maka dengan taufiq tuhan berlakulah kalam hamba didalam beberapa hari atas beberapa lembar kertas daripada ingatan-ingatan pelajaran maka jadilah daripadanya risalah yang kecil atas jalan ikhtisar maka tatkala kelihatan atas oleh setengah terlebih membahas-bahasnya ia daripada tuturannya datanglah atasnya ‘iktirad pada menyalahinya akan tuturan kitab-kitab melayu yang dahulu-dahulu pada beberapa tempat maka hamba hurai baginya demikian tuturan yang menyalahi itu dan menyatakan kehendaknya dan wajah ubahnya maka terpaksalah atasnya membenarkan uba-ubahan yang tersebut dan jikalau menyalahikan mafhum kitab-kitab yang lain sekalipun maka kemudian daripada lalu bertahun-tahun meminta pula bahawa hamba serahkan risalah itu suatu menyatakan wajah tujuan tuturan yang tersebut itu maka memikir hamba beberapa lama maka nyata bagi hamba elok pintakan itu maka merebut-rebut hamba akan peluangan dengan menatahkan ibarat risalah itu dengan macam-macam tafsir yang ditetapkan dia dengan sudahan yang jilah yang menjelaskan hati-hati empunya faham atas kadar pendapat hamba supaya panjang diambil guna dengan risalah itu dan meratainya dan hamba namakan dia Tafsiratul Adani Baklahan Bakuratul Amani. Ertinya memperlatih bagi orang-orang layak kah mendapati akan tangga-tanggakan dan saringan-saringan cakapan Bakuratul Amani dan hamba pohonkan tuhan bahawa membuka dengan Dia akan mata-mata hati yang berpejam dengan lali daripada perhatian iktibar dengan insaf pada simpanan-simpanan iktikad agama didalam limpatan-limpatan sendiran cakapan ahlinya supaya kejap berpegang dengan ia dan boleh menunjukikan anak-anak bahasnya dengan jelas dan hamba harapkan Tuhan memberi guna dengan dia akan orang-orang yang rendah dan yang tinggi penggajiannya dan awam dan bahawa tuhan jadikan dia daripada pertaruhan kebajikan yang makbul disisiNya bahawasanya taala amat kuasa atas barang yang ia hendak dan amat yang sebenar dengan menerimakan `pintak’kan hamba-hamba yang berkehendak dan hamba memulaikan risalah ini dengan barang yang dituntuti pada pekerjaan yang baik iaitu (`Bismilllah Hirrahman Nirrahim’)

Tuesday, May 10, 2011

Kitab Bakurah al-Amani


Kitab: Bakurah al-Amani
Data ringkas kitab:

Judul: Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لارشلد عوام أهل الفطاني)

Kategori: Tauhid/Aqidah

Pengarang: al-‘Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathani (lahir pada 1300H/1882M di Bendang Daya, Fathani dan wafat di Mekah pada 3 November 1965M ketika berusia 83 tahun)

Tarikh selesai dikarang: 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M
[gambar kitab ini abuzahrah salin dari blog penadarwis. Kitab ini dicetak beserta dengan syarahnya sekali]
Kitab Bakurah al-Amani atau nama lengkapnya Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لارشلد عوام أهل الفطاني), merupakan antara kitab tauhid yang terkenal di Tanah Melayu sehingga kini. Ianya ditulis oleh al-’Alim al-’Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir bin Wan Musthafa, atau dikenali juga dengan nama Pak Da ‘El al-Fathani. Kitab ini merupakan sebuah kitab yang ringkas, hanya kurang lebih 10 halaman namun isinya padat. Kitab ini ditulis oleh Pak Da ‘El sewaktu beliau berziarah ke negeri Kedah atas permintaan murid-muridnya. Ianya ditulis secara spontan, berdasarkan ingatan beliau sahaja. Tarikh kitab ini selesai di tulis adalah pada tahun 1335H/1916M atau tepatnya pada hari Sabtu 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M. Kitab ini pernah di cetak oleh Matba’ah al-Ikhwan, Singapura pada tahun 1918M.

Menurut ceritanya, sejarah penulisan kitab ini adalah dari permintaan muridnya yang bernama Haji Ahmad supaya Pak Da ‘El karangkan secara ringkas matan ilmu tauhid bagi memudahkan anaknya Mat Hasan yang masih memondok agar membantunya dalam memahami ilmu tauhid. Maka permintaan itu diperkenankan oleh Pak Da ‘El, dan terhasillah kitab yang terkenal ini.

Oleh kerana kitab ini ringkas dan padat isinya sehingga sesetengah orang kerana gagal dalam memahami ‘ibaratnya, bahkan dibangkang oleh sesetengah orang, maka Pak Da ‘El telah diminta pula supaya menulis syarah bagi kitab ini. Beliau kemudian menulisnya dan diberi judul Tabshirah al-Adani bi Alhan Bakurah al-Amani (تبصرة الأداني باءلحان باكورة الأماني), selesai ditulis pada 25 Muharram 1358H / 16 Mac 1936.

Kitab Bakurah al-Amani, sehingga kini diajarkan dipondok-pondok. Bahkan merupakan sebuah teks utama di dalam ilmu tauhid. Antara tuan guru yang mengajar kitab Bakurah: Tuan Guru Haji Ismail Spanjang, Tuan Guru Haji Salleh Sik, Tuan Guru Haji Zakaria dan ramai lagi

Sunday, May 8, 2011

Thursday, April 14, 2011

KITAB FARIDATUL FARAID

KITAB FARIDATUL FARAID         

  

KITAB FARIDATUL FARAID
(Petikan Tulisan Hj.Wan Mohd Shaghir Abdullah)

Berdasarkan penyelidikan, dapat diambil kesimpulan bahawa kitab "Faridatul Faraid" disusun adalah mengikuti jejak ulama' dunia Melayu yang terkenal seperti Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Abdush Shamad al-Falimbani, dan lain-lain. Rujukan adalah berdasarkan kitab-kitab turas 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang dapat dipegangi, sama ada dari ulama' muktabar dunia Melayu atau pun ulama' muktabar bangsa Arab sendiri. Kitab-kitab yang dirujuk termasuk karangan Syeikh Abu Hasan al-Asy'ari, dan ulama'-ulama' sesudahnya. Maka diproses oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, diringkaskannya, lalu terkumpul dalam kitab "Faridatul Faraid". Jadi secara global/garis besar perkara i'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah lengkap dalam "Faridatul Faraid" ini.
 Dalam Natijah Al-Ahmadiah, Singapura bagi tahun 1345 H bersamaan 1926 – 1927 M, termaktub, "Faridatul Faraid" cap yang keenam kali huruf ats-tsani al-Islambuli yang elok bentuknya. Bicara 'Ilmu Ushulid Din yang suci daripada campuran bicara yang lain dan bersih daripada ibarat yang lebih-lebih supaya mudah mengerti orang yang mengajinya dan muthala'ahnya. Karangan al-Fadhil Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bun Mustafa bin Muhammad al-Fathani…"
 Kitab "Faridatul Faraid" mempunyai riwayat tersendiri, saya kurang mengerti apa sebab kitab tipis itu sangat diperbesar-besarkan oleh ulama'-ulama' Patani, Kelantan, Kedah dan lain-lain. Sewaktu saya ke Bangkok pada tahun 1971, ramai kalangan ulama' dan pelajar Islam di sana menggelar Syeikh Ahmad al-Fathani dengan "Tuan Faridah", sebagaimana di Jawa hingga tahun 1960an para ulama'nya mengenal Syeikh Ahmad al-Fathani dengan sebutan "Tuan Ngawamil". Demikian besar pengaruh kitab "Faridatul Faraid", sehingga sangat ramai yang pernah belajar kitab ini, manakala mereka mendapat anak perempuan lalu diberi nama dengan “Faridah”.
 Sewaktu saya ke Makkah pada tahun 1979, salah seorang ‘alim berasal dari Patani mengatakan bahawa kitab Faridah jika diajar oleh orang yang lebih ‘alim lebih sedap; lebih luas dan lebih mengasyikkan. Salah seorang Tuan Guru Pondok di Patani mengatakan bahawa kitab "Faridatul Faraid" tetap akan diajarkan di pondok-pondok dalam wilayah Patani. Menurut Tuan Guru Pondok tersebut hingga ke hari ini tidak ada satu kitab Tauhid dalam bahasa Melayu yang menyamai kemasyhuran kitab "Faridatul Faraid". Mereka menyebut bahawa dalam kitab itu mempunyai erti yang tersirat baik ditinjau dari segi susunan nahu dan sharaf mahupun penafsiran secara batin atau rahsia. Kepercayaan seperti itu saya cuba membantah, bahawa saya tidak melihat “Faridatul Faraid” itu lebih istimewa dari kitab-kitab Tauhid bahasa Melayu lainnya.
Saya tidak melihat bahawa ia mempunyai ilmiah yang tinggi. Dengan demikian banyak Tuan Guru marah dan bermasam muka kepada saya. Namun setelah dijelaskan bahawa saya menyimpan beberapa tulisan tangan Syeikh Ahmad al-Fathani yang meliputi banyak pemikiran untuk Islam dan Alam Melayu, yang tulisan ilmiah itu di antaranya saya huraikan dalam buku “Syeikh Ahmad a-Fathani Ahli Fikir Terbe­sar Alam Malayu”, kemarahan mereka terubat dengan penjelasan saya itu.
 Dalam tahun 1992, salah seorang ustaz yang pernah sebagai pensyarah di Nilam Puri Kelantan bercerita, "Saya mengajar di banyak masjid dalam Kota Bharu Kelantan, di antara kitab yang saya ajar ialah Faridatul Faraid oleh Tok Guru Wan Ahmad al-Fathani. Cukup besar amal jariyah Tok Guru Wan Ahmad, kerana di salah satu masjid saya mengajar tidak kurang yang hadir sekitar lima ratus orang. Yang mengajar Faridah bukan saya sahaja, tetapi ramai ustaz lainnya. Coba bayangkan dari dulu hingga sekarang Faridah masih tetap diajarkan, itulah sebabnya saya katakan cukup banyak amal jariyah yang diterima oleh Tok Guru Wan Ahmad, tuan punya kitab Faridah itu".

“Faridatul Faraid” pernah diringkaskan dan pernah disyarahkan. Yang diringkaskan di namakan “Pati Faridatul Faraid” yang di usahakan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdullah al-Jambu Fathani. Syarahnya diberi judul “Umdah Thalibil Mujtahid bi Syarhi Faridah al-Faraid” diselesaikan tahun 1380 H/1960 M yang diusahakan oleh salah seo­rang ulama Patani iaitu Tuan Guru Haji Abdullah bin Hj. Ibrahim bin Abdul Karim al-Fathani al-Jabi.
Kitab yang diringkaskan dan disyarahkan itu sudah sukar menda­patkannya di kedai-kedai kitab, kerana hampir-hampir tidak berada di pasaran kitab lagi. Sebaliknya kitab "Faridatul Faraid" yang asli masih mudah mendapatkannya di hampir semua kedai kitab di Asia Tenggara. Yang berupa ringkasan itu adalah merupakan kitab Melayu/Jawi yang pertama sekali diringkaskan. Adapun kitab syarah itu adalah merupakan kitab Melayu yang kedua disyarahkan, kerana kitab Melayu pertama disyarah ialah “Sulla­mul Mubtadi” karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang diusahakan oleh Syeikh Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail al-Fathani, iaitu kitab yang meliputi tentang Tauhid, Fiqh dan Tasawuf.

Terakhir sekali sebagai bukti kitab "Faridatul Faraid" merupakan kitab Tauhid yang paling banyak diajarkan di dunia Melayu sejak dulu hingga sekarang, di bawah ini, saya perkenalkan semua edisi cetakan yang telah diketemukan. Cetakan terawal adalah diusahakan pada masa pengarangnya masih hidup atas usaha beliau sendiri. Cetakan pertama oleh Matba'ah al-Miriyah ak-Kainah, Makkah, 1313 H. Cetakan-cetakan di percetakan ini yang telah ditemui ialah cetakan yang ketiga, pertengahan bulan Zulqa'idah 1317 H. Dicetak lagi pada pertengahan bulan Rabi'ul awwal 1325 H.
 Terdapat edisi cetakan oleh Matba'ah Dar al-Kutub al-'Arabiyah al-Kubra, Mesir, atas perbelanjaan Ismail Fathani, anak pengarangnya, didapati cetakan yang ketiga, Jumadil Akhir 1328 H. Terdapat lagi edisi cetakan oleh Matba'ah Mustafa al-Baby al-Halaby, Mesir, Jumadil Akhir 1351 H, yang dinyatakan sebagai edisi cetakan yang keenam. Dicetak lagi oleh percetakan yang sama tahun 1353 H/1934 M, dinyatakan sebagai cetakan ketujuh. Terdapat lagi edisi cetakan oleh Matba'ah Al-Ahmadiyah, nombor 50 Minto Road, Singapura, 1344 H bersamaan 1926 M, dinyatakan sebagai edisi cetakan kelima, atas perbelanjaan Qadhi Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani. Kemudian dicetak lagi oleh percetakan yang sama, yang dinyatakan sebagai cetakan keenam 1345 H/1926-1927 M.
 Terdapat lagi edisi cetakan oleh Persama Press, 83 dan 85 Achen Street (Masjid Melayu) Pulau Pinang, 1360 H/1941 M, dinyatakan sebagai cetakan ketiga.
Terdapat lagi edisi cetakan oleh Maktabah wa Matba'ah Dar al-Mu'arif, 173-C, Sungai Pinang Road, Pulau Pinang.

Terdapat edisi cetakan oleh Matba'ah Dar at-Thiba'ah al-Islamiyah, nombor 1/10, Jalan Jering, Patani. Terdapat edisi cetakan oleh Matba'ah Sulaiman Mar'i, Singapura. Dan edisi-edisi cetakan lain, di antaranya oleh Al-Ahliyah, Kota Bharu (Kelantan), Nahdi (Bangkok), Bungkul Indah (Surabaya) dan banyak lagi yang tidak dapat dibicarakan semuanya.
Dalam penelitian yang telah saya buat, ternyata kitab "Faridatul Faraid" adalah merupakan kitab Melayu/Jawi yang paling banyak kali dicetak. Juga paling banyak nama percetakan yang pernah menanganinya. Dari segi jumlah naskhah cetakan juga merupakan yang terbanyak kerana cetakan-cetakan yang dilakukan di Timur Tengah setiap kali cetak dalam jumlah sepuluh ribu exemplar/naskhah. Dari cetakan pertama (1313 H/1895 M) hingga kini, entah berapa juta naskhah yang telah dicetak tidak dapat diketahui secara pasti. Hanya disimpulkan saja bahawa ummat Islam Melayu yang memahami 'aqidah Ahlus Sunnah wal jama'ah melalui kitab "Faridatul Faraid", dari dulu hingga sekarang sekian jutanya hanya diketahui oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala saja.
 Para ulama' yang pernah selaku pentashih cetakan-cetakan "Faridatul Faraid" sangat ramai, di antaranya yang dapat dikenalpasti ialah, cetakan terawal ditashih oleh pengarangnya sendiri, dilanjutkan Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani. Cetakan Matba'ah Dar al-Kutub al-'Arabiyah al-Kubra ditashih oleh Syeikh 'Abdur Razaq bin Muhammad Lampung (Ketua orang Lampung) dan Syeikh Ahmad Thahir Khatib Kerue al-Jawi, kedua-duanya adalah murid pengarang kitab, Syeikh Ahmad al-Fathani. Cetakan Persama Press ditashih oleh Syeikh Abdullah al-Makki. Cetakan Maktabah wa Matba'ah Dar al-Mu'arif ditashih oleh 'Utsman Shalih al-Azhari.

Wassalam.
Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah
Last Updated ( Saturday, 11 July 2009 04:08 )